Wednesday, December 24, 2008

PERKARA YG GEMBIRA

Agak2nya lah, apa perkara yg boleh membuatkan korang gembira? Bagi aku ada banyak cara yg aku buat untuk mengembirakan diri sendiri. Antaranya ialah...

Menghabiskan masa lapang dengan melayan kerenah budak kecik ini...


Tengok tu, percubaan mengangkat buah kelapa.. yah.. yah...


Hampir berjaya.. go, ain go!


hahaha... ain yg berjaya dengan penuh gaya..


Kalau nak tau, yg bagi sokongan moral pada nurain kat gambar last tu aku la.. Sorry la, terseksi sikit.. sikit je tau. xbleh lebih2. Bahaya you! Masa tu kat belakang umah kat kg. Nyamuk banyak, tu yg sampai seksi2 tu. Tapi aku tengok nurain ni rilex jer. Siap xpakai baju lagi. Haha.. Kebal betul bdk ni.

Friday, December 19, 2008

ANTARA CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN & KEGEMBIRAAN ...

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.
CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak tahu berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai cuba untuk mencari pertolongan.

Sementara itu CINTA lihat, air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama kemudia CINTA lihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.
"KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA.
"Aduh! Maaf,CINTA!" kata KEKAYAAN.
"Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, takut nanti perahu ini tenggelam. Lagipun tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA yang hampir tenggelam.

CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya.
"KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA. Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana ia mempunyai perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama kemudian, lewat pula KECANTIKAN.
"KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA. Lalu apa jawab KECANTIKAN,
"Wah, CINTA, kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu ikut sama. Nanti kamu akan mengotorkan perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN. CINTA sedih sekali mendengar nya. CINTA mulai menangis teresak-esak.
“Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku?”
Saat itu lalulah KESEDIHAN. Lalu CINTA memohon belas,
"Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu", kata CINTA. Lalu apa kata KESEDIHAN,
"Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja... ", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya.

CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap dirinya dapat diselamat kan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA?
Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara,
"CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi dari situ. Pada saat itu barulah CINTA sedar, yang ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua baik hati yang telah menyelamatkan nyawanya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.
"Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu. Lalu CINTA bertanya,
"Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalinya. Bahkan teman-teman yang mengenaliku pun enggan membantu ku", tanya CINTA hairan.
"Sebab", kata orang itu,
"hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA.....

Untuk Wanita...

10 KELEBIHAN TIADA KEKASIH
~ermm... aku rasa aku suka artikel ni :)

1. Jimat masa
2. Dapat tido lena
3. Tak perlu riso kalu xde miskol
4. Tak perlu riso nk mekap kalu xcantik
5. Boleh makan kt mana2 restoren, xperlu riso yg bukan2
6. Takde lagi sms boring tgh malam
7. Bley cakap dgn mana2 lelaki
8 Takde lagi nasihat yg membingitkan tinge
9. Bley pergi ke mana saje hatta dgn sesape ponn
10. Tak perlu dgr lawak bodoh lagi

Tuesday, December 9, 2008

Kali Pertama

Asalamulaikum all..

First time ni saya tulis blog. tak tau nak tulis apa. apa pun selamat datang pada semua yang datang ke blog saya ni samada sengaja atau tak sengaja. semoga silaturahim kita akan terjalin lebih erat dengan hubungan blog ni.

Ucapan TQ pada cik akak yang sudi createkan blog ni untuk saya.

jumpa lagi di entry yang lain, bye..