Thursday, January 22, 2009

SANGAT TIDAK TAHU

Esok start cuti sampai isnin. Aku still lg blum buat keputusan nak balik kg @ tak. Penin.. Penin.. Kalau balik pun, mak xdok kat rumah. Ayah ada la. Mak xde xbest la plak kan?. Kalau xbalik, maknanya aku kena duk sorang2 kat umah sewa untuk 4 hari ni. Waduh! mesti bosan giler nanti. huhu..

Ermm.. @ aku nak pg KL jer umah kakak. Opismate nak balik rumah mertua dia kat n.9. Dia singgah KL dulu. Tumpang pun bagus ni. Tapi aku tengah miskin hina skang ni. Pg KL pun kalau time2 belum gaji ni bkn bleh buat apa. Sampai sana nanti sure duk umah gak. Baik xpayah..

Urmm...
Nanti la fikir dulu. Ada beberapa jam lg untuk buat keputusan.


*Kak, Happy Birthday. Bila mau kawin? aku xnak langkah bendul. hahaha...

Monday, January 19, 2009

AJL ke-23

Nak komen sikit la pasal AJL malam tadi sebab aku tgk dari mula sampai abis tau.. bangga.. bangga.. xtuka2 tgk cite tv lain pun, setia gak kitaorg tgk tv3 walaupun time iklan. hahaha, tah apa2 jer. suka ati kitaorg la nak tgk iklan, xde apa2 masalahpun rasanya. lgpun xde cite best pun mlm td. so, baik layan tv3 jer.. Result semua dah tau kan? so, xyah la aku plak yg terhegeh2 nak bgtau. aku just nak komen sikit2 jer. saja nak bg pandangan sendiri pasal persembahan & lagu diaorg mlm tu.



Hua.. hua.. hua.. Tetap gak nak letak gambar faizal tahir dulu walaupun dia xmenang juara lagu semalam. Bagi aku faizal tahir tetap yg terbaik. baik lagu nya kah, vokal nya kah dua2 aku suka. best giler.. tapi secara peribadi, aku lg suka lagu coba dari sampai syurga. knapa? tah la aku pun xtau.. sebab lagu tu best la kot. sampai syurga pun ok, bleh layan gak la..



lagu untukmu dendangan Meet Uncle Hussain ni plak biasa2 jer pada aku. Boleh dengar, tidak la kata sampai menyakit kan telinga aku ni. nak kata xpuas ati sebab diaorg menang semalam pun xjugak. rasanya juri lagi tau siapa yg layak & siapa yg patut menang. so, redha jer lah. huhu.. tetiba



Serius nak bgtau, Lagu persoalan cinta yg dinyanyikan farawahida tu baru first time aku dengar semalam sebab masa separuh akhir muzik2 ari tu aku xtgk. oklah, xde la best sgt.. xbest pun tidak. baru first time dengar kan? susah sikit nak terima. lama2 ok la kot..

Ermm.. kalau nak kata persembahan yg paling buat aku kagum semalam, aku suka sangat persembahan stacy. bagi aku dia sangat hebat. bleh menyanyi dan menari dengan baik. xnampak pun dia lelah ke, termengah2 ke masa nyanyi walaupun menari bagai nak rak ni.. pastinya dia banyak berlatih untuk pertandingan ni. aku bangga & aku pasti xcikgu dia Ramli MS yg duk kat bwh tu pun teramat2 bangga ngan dia.

Lagi satu, aku suka sgt persembahan selingan sementara tunggu result tu. bukan pasal persembahan m.nasir, jamal abdillah & jac sebab diaorg ber-3 ni kita dah biasa tgk n diaorg ni memang aku akui mantappp giler tapi aku suka masa wada, hakiem & udin nyanyi mcm pentas tu diaorg yg punya. memang superb!! tapi sygnya kejap sgt. xpuas lg diaorg nyanyi, dah sampai turn org lain. maybe tv3 nak kejar masa sbb dah lewat masa tu. xpe lah, lain kali maybe bleh bg lebih peluang kat adik2 ni tunjuk bakat diaorg. ajl ni mungkin pentas awal untuk bagi pendedahan pada diaorg tunjuk kan bakat yg ada. yelah, masa diaorg bertanding dlm idola kecil kat tv9 ari tu aku rasa berapa org je yg tgk. ngan aku2 sekali xtgk final idola kecil tu sebab lupa. bleh gitu? huhu..



Sunday, January 18, 2009

RatingSys Seminar

Venue : (-)
Date : 14th & 15th January, 2009
Duration : 2 Days


Ya! seminar yg agak pelik bagi aku. sebab apa aku kata pelik? sebabnya ni la seminar pertama yg aku kena attend setelah hampir 5 thn aku berkhidmat dengan syarikat ni. hua hua hua.. keji sungguh mengutuk company sendiri. xde la, aku xbermaksud pun. tapi mcm pelik la jugak. tiba2 jer bos kata korang, korang, korang termasuk aku kena pg KL. ada mini seminar pasal sistem komputer yg kitaorg guna skang. mula2 berat hati gak nak pg. maklum la tengah2 bulan, kena plak time aku tengah miskin hina cam skang ni. huhuhu.. tapi bila bos kat KL kata duit minyak ngan tol bleh calim, siap sungguh2 datang menjemput, pastu bookingkan hotel lak lg. aku pegi je la dengan hati yg rela. ye la, kena la dengar cakap bos. aku kan pekerja yg menurut perintah. wiwiwiwi....

Kitaorg pg 7 org + bos kat KT ni. sorang lg bos kitaorg dari KL. 8 org semuanya. ber 5 satu keta, 2 org lg tumpang bos yg datang menjemput. malas nak bwk keta banyak2 sebab masing2 xtau sgt jln2 kat KL tu. buatnya sesat larat, xdo kojo nak mencari2. buat abis kredit telefon je nanti. lagipun masing2 ada plan sendiri petang khamis lepas habis seminar tu.

KT - KL jauh ooo.. nak2 plak kitaorg naik keta yg berkuasa rendah sebabnya tuan2 punya keta yg berkuasa lebih besar dah decide xnak bwk keta diaorg. nak xnak bwk je la keta kecik. keta aku pun kecik gak, tapi sbb kwn aku setuju nak bwk keta dia kitaorg ikut je. lgpun keta dia lg baru dr keta aku. best sikit bwk kat highway. kitaorg naik ber 5. sebabnya semua tolak2 xnak naik satu keta ngan bos yg susah payah datang menjemput. hahaha... last2 naik je la 5 org, lagi meriah gitu.

Solat maghrib kat hentian temerloh. masa kat situ, dapat berita yg ada lori bwk minyak sawit terbalik kat genting sempah. so kepada driver2 sila berhati2 yo!! lepas solat maghrib, bos aku suh jugak naik 4-4. last2 skali aku mengalah, sambil tu sempat lagi tarik kwn aku ikut aku naik skali. tukar, yg naik ngan bos td naik keta sana plak. aku lg selesa ngan kwn aku yg sorang ni. kalau bos tanya kitaorg banyak2 pasal keje pun bleh la sama2 jwb dengan berhati2 dan konfiden. ngeri gak aku kalau tiba2 bos aku angin ke apa, mau nya dia tinggal kitaorg kat tengah2 highway tu nanti. huhu.. takuttt...

First day seminar agak boring. aku xingat berapa puluh kali aku menguap (sambil tutup mulut)tahan mengantuk sebab kena dengar penganjur program bebel2 pasal sistem komputer. rasa lawak pun ada sbb patutnya dia ajar dulu baru kitaorg cuba. ni kitaorg dah guna dekat 3 tahun sistem tu, baru plak ada seminar. musykil.. musykil.. petang lepas habis seminar tu, aku siap cakap ngan kwn aku rasa nak ambik MC jer sbb esok malas nak datang. Bosan giler.. tapi yg bestnya sepanjang 2 hari seminar, memang kitaorg xpayah keluar duit langsung. dari makan minum hinggalah ke duit hotel semuanya ditanggung beres.

Hari kedua seminar yg aku sangka akan boring jgk macam semalam rupanya x plak. hari ni sesi soal jawab, lebih banyak kitaorg ambil bahagian sebabnya kitaorg kena bagi pendapat dan cadangan untuk memperbaiki lagi sistem tu supaya lebih praktikal dengan kerja kitaorg. kebanyakan cadangan dan pandangan tu lebih pada untuk memudah dan mempercepatkan kerja. dari sekecil2 isu kepada la cadangan2 yg agak mustahil untuk dilakukan boleh dicadangkan sebab setiap cadangan dan pandangan akan dipertimbangkan untuk kemudahan bersama. chewahh..

Abis jer seminar jam 5 ptg kitaorg terus cabut balik pahang. sebelum tu sempat lg ambik2 gambar berbagai. nanti kalau dapat gambar peserta2 seminar tu, aku tepek kat sini. ok?

Balik kg...oOooo balik kg... kitaorg decide balik pahang sbb 2 org dari kami org phg. aku pun mmg nak balik gak minggu ni sbb cuti raya cina ni aku xbalik dah coz mak aku xde kat umah. dia nak balik perak n aku malas nak ikut. sampai jerantut dlm pkul 8 mlm. tido umah member aku dulu kat tebing tinggi sbb umah dia lg dekat dari umah aku. lgpun aku pun dah xlarat nak drive. penat berseminar 2 hari pun belum hilang lagi.

Sampai umah dia, mandi2 pastu makan2(abis rosak diet aku) sambil tgk final gadis melayu kat TV9 dkt dihati. Abis jer gadis melayu terus masuk bilik. penat.. penat2 pun sempat lg bergossip2 dulu sblm tido. huahuahua.. banyak gak la cite yg keluar masa ni. pasal apa? tuttt.. mana bleh cakap. bahaya ooo... kepada org yg digossip, AWAS... Mmuahahaha...

Hari jumaat dlm pkul 3 petang gerak pg umah aku plak. mak aku dah tunggu n siap masak kan gulai tempoyak ikan patin lagi. Slurpp... hehe.. tapi masing2 kenyang lg n kitaorg nak mkn mlm jer sbb ptg tu dah mkn mcm2 beli kat pasar malam. Hari sabtu dalam pkul 12.30 kitaorg gerak balik terengganu sbb ahad dah keje. aku rasa xpuas duk umah satu hari. huhu.. kena balik kg lg nampaknya ni. OTW balik, singgah kat maran umah kakak sulung kwn aku. buang2 masa 2 jam kat situ, pkul 4 kitaorg gerak balik terengganu. jalan jem sebab siang nya terengganu adakan pilihanraya kecil. pak polisi bersepah dimana2..

Pagi ni bangun dengan malas nak pg keje. sampai2 opis, baru ku tahu yg bos xde ari ni. Chaittt.. kalau tau aku tido sampai kul 10 tadi.

Thursday, January 8, 2009

AZAM AKU..

1) Nak cari keje yg lebih baik -keje skang ni baik dah, tapi nak yg lagi baik!! haha.. tamak kah aku?

2) Nak naik gaji -kalau xdapat2 gak keje yg lebih baik, nak mintak ngan bos suh naik kan gaji aku. kalau dia xnak naik kan, aku mogok.. cewahhh.. mcm la bos aku tu nak dengar apa aku cakap.

3) Nak kerja rajin2 -Bila dah dapat keje yg lebih baik @ gaji dah naik, 4sure la kena kerja rajin2. baru la bleh jadi pekerja yg cemerlang, gemilang, terbilang...

4) Nak simpan dlm ASB -skang ni simpan gak, tapi bkn tiap2 bln la. ikut suka ati aku jer. yg mujurnya, sejak aku bukak ASB tahun 2007 ari tu, aku xpernah lg kuarkan duit dlm tu. haha, kagum kan?

5) Nak byr PTPTN - sama cam ASB, yg ni pun aku bayar gak tapi xdo tetiap bln. ada duit byr, xde xpyh. time kaya byr bnyk, time sengkek tp rasa nak byr gak byr sikit jer. boleh?

6) Nak jd insan yg lebih baik -xkisah la baik pada tuhan, pada mak ayah, pada adik beradik, pada kwn2, pada diri sendiri.. janji jadi lebih baik dari thn2 sudah.

7) Nak kawin -lalalalaa...

Monday, January 5, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2009!!!

hahaha, mcm apa je.. Tahun baru dah dkt seminggu, aku baru la tergedik2 nak ucap Happy New Year. Bleh blah la jgk kot. Kita masih dlm mood thn baru apa? OOOoo.. xeh? aku sorang je camtu eh? Xpe lah, aku mmg gini. Kadang2 tu jadi lembab sikit. Lagi la skang ni, keje nya banyak giler. Xde masa den nak berblog2 ni. Nak berblog2 tunggu la aku free. Bila dah bosan giler xde apa nak buat bleh blah la aku nak berblog.

Apa nak cite lg yek? Seingat aku sepanjang 2008 ari tu, ramai giler kawan2 aku yg buat kenduri kawin. Nak2 hujung thn ari tu. Mana yg aku sempat pg, aku pegi la. Mana yg xsempat tu aku mintak maaf banyak2. Ada aral yg melintang aku dari sampai kenduri korang. Aku nak cita sikit la pasal kwn2 aku yg menjemput datang kenduri diaorg ni. Aku amik yg buat kenduri hujung2 thn je la ye? Kalau nak cite yg buat kenduri dari awal thn 2008 ari tu xdapat la. Ramai sangat.. Antara kenduri yg aku sempat pg dan xsempat pg ialah;

1)Julia & suami -julia ni best friend aku masa study kat itm dulu. Kawin ngan org pekan kalau aku xsilap. Kawan yg gila2, agak2 bengong jugak la kadang2 (ampunnn... kalau julia baca blog aku ni)Habis diploma ari tu dia masuk nursing, skang jadi nurse kat pekan. Ok la tu, keje gomen. Sbb tu la dia bleh kawin cepat. hahaha... Dia kawin dlm tgh thn ari tu kalau xsilap. Xsure sgt, malas nak check balik.

2)Aya Baharin & Epu -aya ni plak kawan aku dari sekolah rendah sampai tingkatan 3. Kawan masa2 buas dulu mak dia kata bila aku salam mak dia masa hari kenduri tu. Pun kwn yg best. Aku kadang2 kagum dengan dia, agak sosial tapi dia pandai jaga dirinya dari terjebak dengan perkara2 yg xbaik. Dia ni kawin ngan org dekat je, senior kitaorg masa sekolah menengah. Budak felda sebelah. Oklah tu, dpt org dekat. Senang nak balik raya. Hahaha..

3) Aida & Aus -kwn aku masa kat itm gak. Satu geng la jgk ni. Kenduri kat selancar, jauh ooo.. tapi aku tetap pg jugak. So, kepada aida jgn buat2 alasan plak xdpt dtg bila aku kenduri esok.. Aida ni kawin ngan classmate kitaorg gak. Diaorg start couple masa praktikal diploma. Lama.. aku rasa ada dkt 6-7 thn diaorg berkwn.

4) Nurien & suami -nurien ni bestfriend aku masa keje kat JB. Kenduri kat batu pahat. Aku xdpt pg, tarikh kendurinya dkt sgt dngn raya haji. So, sorry sgt2

5)Sabri & Linda -opismate & ex-opismate aku. Sebab aku kenal dua2, xjd masalah sgt. Aku pg yg belah lelaki sbb dkt. Pg makan je, amik2 gambar ngan pengantin bagai pastu balik. Hahaha.. malas aku nak lama2, esok2 jumpa gak kat opis.

6) Apai & Awin -dua2 ni pun ex-opismate aku gak. Dua2 berenti masuk kerajaan. Oklah tu, yg ni walaupun aku kenal dua2 tetap xdpt pg. Sebabnya Banjir!!! belah lelakinya buat lg dua hari nak raya haji ari tu. Xdo la.. Xpe la, nanti2 la aku jumpa diaorg mintak maaf sbb xdpt dtg kenduri diaorg.

7)Apai & Hanum? -apai ni classmate aku masa kat itm gak. Xrapat sgt, tapi dia still jemput aku masa kenduri dia. Thanks apai, tapi aku xdpt datang masa tu. Sbb xdpt dtg tu aku lupa plak. Ada la hal lain tu, mintak maaf la banyak2..

8) Tasha & mat peze -tasha ni kwn aku masa kat itm gak. Amik kos lain, tapi kitaorg satu kolej. Rapat sgt2 sampai aku kenal mak & family dia bagai. Tasha ni sangat2 gila. Kadang2 terlalu berani, tapi tetap kwn yg best untuk bergossip2. Kawin ngan classmate dia masa kat itm.

9) Pesal & Ani -pesal ni jiran aku kat kg. Sebaya ngan aku. Kitaorg lahir pun bln yg sama, bln 3. Kenduri nya masa cuti krismas ari tu. Yg ni aku harusss la balik sbb sebelah umah kan. Baru la meriah gitu...

Dah la tu kot. Lain kali aku cite lg pasal org kawin2 ni. Nanti aku tgk balik kad2 kawin yg diaorg hantar pd aku. Aku ni pengumpul kad kawin tegar tau. Hahaha.. Sayang plak nak buang kad yg cantik2 tu. So aku simpan je la selagi mampu. Kepada semua yg dah bertemu jodoh, semoga berbahagia selama2nya... Aminn..