Wednesday, May 27, 2009

gembira & duka, atas & bawah, hot & cold?

betul kata org, langit xselalunya cerah. akan mendung juga bila sampai waktunya. selama ni aku tunggu2 (tertanya2 jugak) bila la agaknya nak sampai giliran aku. mengharap dan terus mengharap, sampai kadang2 terlupa yg kita tengah mengharap. ada masa jugak, dah malas nak berharap.

betul jugak org kata, sabar tu separuh dari iman. sabarlah... akan ada rezeki untuk kita juga satu hari nanti. walaupun kita xtau bila dan macam mana caranya rezeki tu sampai pada kita. walaupun kadang2 kita langsung xbersedia nak menerimanya.


motip buat entry ni?

AKU DAPAT KERJA GOV!!!! haha.. tima kasih encik gov, lain kali silelah naik kan pangkat saya pulak please... *sambil keyit2 mata



Sunday, May 17, 2009

susah gilerrr...

susah gak eh rupanya wat valuation ni, kalau tau aku buat ratinggggg..... je. salah satu sebab musabab yg aku rasa susah giler tu sebab bahasa inggeris. susah ohh... maklum la, dah 6 thn buat report bahasa melayu. nak mula biasakan diri ngan bahasa penjajah ni. huhu....

cayo la ckp den.. susahnya mcm apa je.. xcaye? sila la tgk apa dah jadi ngan report aku ni.


banyak salah. bos aku yg check tu



tgk? betulkan pakai dakwat hitam tu, kalau merah gerenti jd mcm karangan bdk sekolah menengah


masa ni aku rasa dia dah fedup baca report aku.

tu first report aku ya, skang dah ok sikit kot. aku blajar slow2. susah... tapi aku boleh buat rasanya. wish me luck ya!!

Thursday, May 7, 2009

may 2009

salam... :)

sudah mula kerja ditempat baru.
dah 3 hari kerja, hari ni cuti pulak.
hari hol negeri pahang.

sukaaa...
sbb boleh balik kg.
walaupun esok kerja sehari lagi untk minggu ni.
kalau duduk jauh2, cuti sehari tu untk basuh baju aje la...

semalam sudah mulakan tugas secara rasmi.
cukuplah 2 hari untk berkenal-kenalan dan membiasakan diri.
sudah cukup biasa rasanya.
semua org pun baik2 saja setakat ni.

mulai esok@ minggu dpn, berazam mau kerja sungguh2
bukan sebab penyapu baru ye?
sebab rasanya kerja2 tu mampu dibuat.
insyaAllah... jika tekun sedikit lagi

oh, ya..
sudah dapat rumah sewa juga
:)
oklah, walaupun tak berapa puas hati
at least untuk sebulan dua ni
sementara mau cari rumah lain

ermm...
ada sapa2 mau sewakan rumahnnya?
mau yg murah2 ye
sebab saya mau duduk seorang je cadangnya

:)