Saturday, June 6, 2009

rindu


rindu terengganu la...
bleh?
boleh ajeeee....
hehe
entah, tiba2 rasa rindu
dengan negeri itu
kawan2 itu
bilik itu
rumah itu
opis itu
orang itu.. *ehemm..

semua la pasal terengganu
dan semalam
sempat luah kan rindu ni
pada sesuatu


huhu...




terengganuuuu... aku rinduuu...

Friday, June 5, 2009

akhirnya..



kami sampai juga kemari..






see.. sangat seronok disini. rasa mcm xmau balik. boleh?




pantai cenang waktu pagi






dayang yg bunting itu







tgk helang




lagi..





menyusur kedai2 di sepanjang jalan






beras yg terbakar *kasihannn....




shopinggg!!!!






gamat tower




gayattt..





~tinggal sejarah~




zoo ikan

yg kami beli. mau?

bersedia!






bye2 langkawi.. aku pasti datang lagi.




Tuesday, June 2, 2009

sumpah bosan..

bos aku ni, tau la aku dah nak berenti. kot ya pun bagi2 la kerja tu. aku ni hari2 datang opis baca surat khabar je tau. pkul 1 pg makan, lepas makan tidoo *eh takk.. sambung baca surat khabar balik.

huhu, bosan nya... walaupun aku ni xde la rajin sangat, tapi jangan la suruh aku duduk diam gini. sikit lagi nak mati kebosanan ni. rasa nak ketuk2 kepala sendiri kat dinding. boleh?



BOSANNNN!!!




Wednesday, May 27, 2009

gembira & duka, atas & bawah, hot & cold?

betul kata org, langit xselalunya cerah. akan mendung juga bila sampai waktunya. selama ni aku tunggu2 (tertanya2 jugak) bila la agaknya nak sampai giliran aku. mengharap dan terus mengharap, sampai kadang2 terlupa yg kita tengah mengharap. ada masa jugak, dah malas nak berharap.

betul jugak org kata, sabar tu separuh dari iman. sabarlah... akan ada rezeki untuk kita juga satu hari nanti. walaupun kita xtau bila dan macam mana caranya rezeki tu sampai pada kita. walaupun kadang2 kita langsung xbersedia nak menerimanya.


motip buat entry ni?

AKU DAPAT KERJA GOV!!!! haha.. tima kasih encik gov, lain kali silelah naik kan pangkat saya pulak please... *sambil keyit2 mata



Sunday, May 17, 2009

susah gilerrr...

susah gak eh rupanya wat valuation ni, kalau tau aku buat ratinggggg..... je. salah satu sebab musabab yg aku rasa susah giler tu sebab bahasa inggeris. susah ohh... maklum la, dah 6 thn buat report bahasa melayu. nak mula biasakan diri ngan bahasa penjajah ni. huhu....

cayo la ckp den.. susahnya mcm apa je.. xcaye? sila la tgk apa dah jadi ngan report aku ni.


banyak salah. bos aku yg check tu



tgk? betulkan pakai dakwat hitam tu, kalau merah gerenti jd mcm karangan bdk sekolah menengah


masa ni aku rasa dia dah fedup baca report aku.

tu first report aku ya, skang dah ok sikit kot. aku blajar slow2. susah... tapi aku boleh buat rasanya. wish me luck ya!!

Thursday, May 7, 2009

may 2009

salam... :)

sudah mula kerja ditempat baru.
dah 3 hari kerja, hari ni cuti pulak.
hari hol negeri pahang.

sukaaa...
sbb boleh balik kg.
walaupun esok kerja sehari lagi untk minggu ni.
kalau duduk jauh2, cuti sehari tu untk basuh baju aje la...

semalam sudah mulakan tugas secara rasmi.
cukuplah 2 hari untk berkenal-kenalan dan membiasakan diri.
sudah cukup biasa rasanya.
semua org pun baik2 saja setakat ni.

mulai esok@ minggu dpn, berazam mau kerja sungguh2
bukan sebab penyapu baru ye?
sebab rasanya kerja2 tu mampu dibuat.
insyaAllah... jika tekun sedikit lagi

oh, ya..
sudah dapat rumah sewa juga
:)
oklah, walaupun tak berapa puas hati
at least untuk sebulan dua ni
sementara mau cari rumah lain

ermm...
ada sapa2 mau sewakan rumahnnya?
mau yg murah2 ye
sebab saya mau duduk seorang je cadangnya

:)

Saturday, April 25, 2009

minggu2 terakhir

khamis lepas, tunaikan janji & niat hati mau blanjer kwn2 mkn. semua ye, habis 1 opis aku blanjer. baik xaku? hehe.. siap jemput tetamu dr jauh lg (wlwpun xde la jauh sgt). blanjer makan laksa sudahhh... disamping tu ada la jgk puding, buah2an, koktel, agar2... korang tgk je la gambar2 kat bwh ni. gambarnya banyak beno. jenuh aku nak nunggu dia mau upload semua.


time ni tetamu baru sampai, so, borak2 dulu.


yg lelaki pun sama, asal jumpa je ngumpat, asal jumpa je ngumpat...


apa2 pun kita amik gambar dulu, hehe..
korang perasan x yg diri pakai baju kaler oren tu?
tu la ain, best partner aku time buat keje. muda lagi tu. baru 19 thn.
rajin nya ya ampunnn.. sampai aku kdg2 segan ngan dia.
apa? mau ngorattt? sile.. sile..


mau amik gambar jugak. layankan sajeee... yg ni korang xyah la ngorat.
buang karan je.. :p


see.. sebagai tuan punya majlis, aku layan tetamu ok.. sile2.. jgn malu2
(sambil betul2 kan tudung)


opis kitaorg ni sempit. bila semua ada kat opis gini la. huru hara jadinya..


mujur diaorg ni jenis pandai bwk diri. makan la kat ceruk2 mana pun.
janji kenyanggg...


aku biasa la, dah nama pun tuan rumah tempatnya kat dapurrr.. abaikan saje fail2 kat belakang tu. memang gitu... xbleh nak buat apa dah..


lupa plak mau cerita, aku dapat kek tau. sgt terharu. rasa mau nangis pun ada.
besar dan sedap gilerr... nyumm.. nyum...
terima kasih pada yg sponser kek ari tu.


gigih aku potong sbb kek tu keras. susah giler mau potong. dlm dia ada ice-cream.
sbb tu la sedappp...


ni tukang masak ye. aku saja mau manja2 sama dia.. :p


ni pun tukang masak jgk.
oh ya, bapak dia la yg sponser buah2an (bapak dia keje ngan FAMA) jimattt duit aku. hehe...

terima kasih la pada yg sudi datang hari tu. wlwpun persiapan nya kelam kabut & xberapa nak teratur, jadikkk jugak.. terima kasih pada bos aku yg bagi kebenaran untuk buat majlis ni. pada pak cik wan roslan yg sponser buah2 an. pada kwn2 yg membantu. terima kasih banyak2.. doakan aku berjaya ditempat baru nanti. panjang umur kita jumpa lagi. sobb... sobb...

Thursday, April 9, 2009

lalalala.. lalalalala...

bangun pagi ni dengan semangat baru
sudah buat keputusan
yg terbaik pastinya
untuk diri sendiri dan org disekeliling.

satu hari semalam,
tanya dan dengar pendapat kawan2
dan bukan kawan juga
tentang pendapat mereka
dan apa yg mereka rasa.

urghhh...
susah juga ye?
bila kita betul2 ada dipersimpangan jalan
yg kita betul2 tak tahu
bagaimana keadaan hujungnya nanti.

apapun,
keputusan sudah dibuat
orang ramai telah dijemput
lembu telah tumbang
kompang telah dipalu
*apa aku merepek ni....

ok la.. ok la..
senang cerita aku pilih kerja baru la
dan dengan berat hati,
tinggalkan kerja & apa yg aku ada sekarang

xpe lah,
mungkin ada rezeki aku kat tempat baru nanti
moga aku gembira2 saja disana
moga jadi pekerja yg cemerlang jugak.


ermm...
sekarang ni tengah terfikir2
muat ke semua barang2 aku
mau angkut dengan kereta kecik ku itu

@
perlu sewa lori?
oh... over disitu..

Wednesday, April 8, 2009

SANGAT SERBA SALAH

dapat kerja baru
yeyyy!!!

akhirnyaaaa...
belum pun sampai setengah tahun berazam mau cari kerja baru, Allah dah perkenankan doa aku. Alhamdulillah....

tadi "org itu" call. tanya samaada mau kerja dengan mereka atau tidak. ermmm... masih belum buat keputusan. minta tangguh sampai petang ini. keputusan akan diberitahu kelak.

sekarang tengah pening2 lalat. masih belum tau apa keputusan yg terbaik untuk diri sendiri. sudah tanya pendapat beberapa org. ramai yg menyuruh pergi. tinggalkan semua yg disini. urghhh... sayang seh. ohh.. ini bukan pasal gaji ya, tapi aku dah biasa sangat disini. dengan orang2 disini & kerja2 ni. bayangkan, sudah masuk tahun yg ke.... berapa ye? ermm... 5. hampir 5 tahun di company yg sama. walaupun asyik berpindah randah. aku tetap suka..

sudah cakap tentang hal ni pada mereka2
  1. project manager-dia menyuruh pergi. katanya peluang begini xkan datang banyak kali.
  2. akak kata, dia excited. sangat teruja.. nak call mak lah...*(dia pulak lebih2, haha...)
  3. kawan kata, jangan pergi. jangan tinggalkan dia.
  4. kawan yg lain kata, g la.. best apa? duduk dekat dengan kampung sendiri.
  5. kawan lama kata, ikut mu laaa... aku pun kalau boleh nak cari kerja lain ni.
  6. en 'w' kata, pg la... dekat ngan kg. senang nak tgk mak kalau apa2.
  7. kawan kat kg kata, terima je. untuk masa depan ko jgk...
see... ramai yg suruh aku terima je tawaran tu. ermm... entahlah, takut pulak kalau kat sana suasana kerjanya xseronok macam sekarang. takut menyesal plak.

mau call mak lah. rasanya aku nak ikut cakap mak. bukan ke ibu2 biasanya tau apa yg terbaik untuk anaknya?

Thursday, April 2, 2009

menarik tertarik

كلوارڬ ساي

عبدالحميد اسماعيل -ايه ساي
زينب اونتق -مق ساي
هاليجه عبدالحميد -اكاقكو
حاكيمه عبدالحميد -اكو
حاليماتون سعدايه عبدالحميد -اديقكو