perasaan korang2 nak menyambut tahun baru?
aku,
excited la jgk
tahun baru, azam baru, semangat baru
kenapa ye?
time tahun baru je kita baru nak buat azam
hari2 biasa tak boleh buat azam ke?
boleh kot kan..
tapi feel dia lain sikit la
mungkin sebab tahun baru, umur makin bertambah
kematangan diri makin bertambah (harap2 lah..)
dan kita ada masa yg panjang untuk laksanakan sesuatu azam tu
azam aku tahun lepas,
ada yg tercapai, ada yg belum tercapai, ada yg tidak tercapai
antaranya:-
1. aku dah dapat keje yg lebih baik terjamin, walaupunnn kontrak
2. naik gaji, itu tak tercapai sbb keje skang gaji lebih sedikit...
mungkin sebab kerjanya lebih mudah :)
3. nak kerja rajin2? rasanya tercapai kot. hakk.. hak..
4. simpan dlm ASB. itu tidak tercapai, huhu.. kewangan tidak mengizinkan.
5. bayar PTPTN- ini tercapai.
PTPTN, sila semak rekod pembayaran saya untuk thn 2009. full ok? bangga2..
6. nak jd org yg lebih baik - yg ni entah, kena tanya mak. anak dia ni baik tak?
7. nak kawin, ohh... ini belum ya!! coming soon mungkin. sila la doa2 kan saya.
azam thn 2010,
erkk..
nanti la, ada masa 3 hari lagi untuk fikir.
kan?