Wednesday, February 18, 2009

cute kan?




ini zaim, lahir dihari valentine yg lalu. masa gambar ni diambil, dia baru berusia 3 hari. gerammm... rasa nak gigit2 jer pipi dia. oh, gambar agak kureng menarik sbb waktu tu dah senja. lagipun flash kamera ditutup untk elak kan baby dari terkejut.

Zaim,
auntie doakan semoga zaim membesar jadi org yg berjaya. yang boleh membanggakan ibu & ayah. yg hidup penuh dengan rasa kasih sesama manusia.

huhu... agak sedih & terharu. xsangka zaim hadir. membahagiakan ibu & ayah dan orang2 disekelilingmu. oh, auntie juga.. :)

Sunday, February 15, 2009

aktiviti hari cuti

nak tanya....

korang2 pernah xmakan kuih ni? Best woo.. lagi2 yg kita buat sendiri. tapi yg ni bukan aku buat la. sebab aku ngidam nak makan kuih ni, roomate aku buatkan. baik kan dia? hehe... puji lebih sket. lain kali bleh suruh dia buat lagi.

meh aku tunjuk cara2 nak buat kuih wade'?
bahan2nya: kacang dal, rendam dulu pastu nak blander bleh nak tumbuk pun bleh. campur bawang, lada besar & sedikit garam


pastu bentuk2 kan ikut suka ati korang


dan goreng!!!


wallahhh... memang best, lagi2 makan masa panas2. syiokk ooo..

sebab best sangat sampai teringat2, semalam aku try lak buat kuih ni sendiri tapi dengan tunjuk ajar roomate aku la. jadi ok!! huhu.. best nya.... sapa2 yg nak rasa bleh contact aku. chewahh.. aku jual murah jer, singgit sekeping.. :p

Friday, February 13, 2009

UNTUK SAH

Sahabat yg belum pun 2 bulan aku kenali. Sedang kecewa hatinya. Dan tugas aku sebagai sahabat aku perlu gembirakan kembali hati dan hidupnya. Dia berubah karekter. Dari seorang yg lucu dan periang, kepada yg penyedih dan pendiam. Dia amat berbeza. Tiada lagi cerita2 lucu tentang pengalaman hidupnya sehari2 kepada kami. Ada xada pun, kelmarin dia ajak kami sama2 terjun ke laut bersamanya sebab dia takut untuk tenggelam kedasar laut sorang2. Huhu.. aku xmau. Masih banyak lagi yg belum aku capai dalam hidup. Dan aku xmau mati dengan cara membunuh diri. Oh.. tidak!!!

Sedang tercari2 idea untuk gembira dan surut kan kesedihan yg dialaminya, aku terjumpa artikel ini. Agak menarik walaupun tidak 100% tepat untuk dia.

GAGAL BERCINTA ITU PENGALAMAN INDAH

Perkara yang paling menarik untuk dikenang-kenang ialah cinta. Samada anda sedang bercinta atau telah putus cinta. Walaupun putus cinta itu menyakitkan tetapi ada kalanya seronok juga untuk dikenang-kenangkan. Lihatlah kebodohan-kebodohan silam, anda tentu tersenyum & persoalan cinta memang tidak akan ada habisnya. Selagi manusia wujud selagi itulah cinta menjadi isu yang menarik untuk dibicarakan. Bukan setakat dibicarakan malah untuk dialami dan dinikmati.

Sayangnya cinta tidak selalu dapat dinikmati. Ia datang bersama bahagia tetapi juga kadang-kadang bersama derita. Dek kerana itu, cinta sentiasa menarik untuk diperkatakan. Dalam keadaan yang baik, ia seronok untuk diceritakan, tatkala ia dalam keadaan mendukacitakan ia juga patut diceritakan.

Seorang kawan saya tidak akan lekang menceritakan kisah cintanya sewaktu remaja kepada saya setiap kali bertemu. Nyata dia sangat sayang bekas teman wanitanya itu, kini isteri orang, kebetulan orang itu ialah kawannya sendiri. Bekerja pula dibawah satu pejabat dan tidak dapat mengelak daripada bertembung. Hampir setiap hari bertemu, kadang-kadang urusan rasmi, kadang-kadang urusan tidak rasmi. Bayangkan betapa pedih dan sakitnya.

Betullah kata orang, cinta yang pertama adalah yang paling bermakna. Bagaimanapun pengganti yang datang silih berganti yang pertama tetap dihati. Payah sungguh untuk memadamkan namanya, wajahnya, suaranya, gelak ketawanya, gurau sendanya. Kenangan begitu kekal dalam ingatan dan selalu timbul dalam saat tidak terduga.

Hampir semua orang ada pengalaman cinta pertama dan hampir semua orang ada pengalaman gagal dalam percintaan. Kegagalan dalam cinta pertama jauh lebih sakit daripada cinta-cinta selepasnya. Maka itu, usah terlalu mudah untuk jatuh cinta buat kali pertama, sebab yang pertama ini biasanya lebih menghiris sekiranya tak kesampaian.

Usah terburu-buru untuk bercinta, dicintai mahupun mencintai. Bersabar dengan pilihan anda, pilihlah dengan berbagai syarat. Jangan takut untuk mengatakan tidak sekiranya dia tidak menepati ciri-ciri yang anda mahukan.

Hargai cinta anda, mahalkan sikit harganya, agar apabila merelakan ia dibeli seseorang, dia amat-amat menghargainya.


Sah,
Sabarlah, mungkin ada yg lebih baik untuk Sah . Bak kata org yg patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti. Berdoalah semoga yg mengganti tu akan lebih baik dari yg lepas. Lagipun kumbang bukan seekor, lagi la kumbang tua. Bila2 je bleh tangkap yg baru. hahaha...

yang ado...

dah janji nak buat entry pasal apa yg aku beli ari tu kan. skang aku tunaikan janji walaupun tengah malas giler nak menaip. tgk gambar jer lah ye korang2...


untuk mak. mula2 ingat nak beli 1 jer tapi sebab murah sangat terus sambar lg 1. kalau sambar 3 skali, xmuat keta lak nanti. ada lak yg kena balik naik bas jap lg.


untuk mak lg. mak, mak suka kan.. kan?


untuk atun. akak jgn jeles tau, atun bg duit aku tolong belikan jer. xtau nak pilih. yg ni pun bleh blah gak la kot.


baju baru untuk aku. sila abaikan bahagian perut itu, terima kasih...


untuk aku lagi. xtau nak beli apa, aku beli baju sampai 4 lai. pastu beli tudung kaler krim satu haha.. abis sudah duit aku.

urmm..
boss!!! gaji bln ni brapa hb?

Thursday, February 12, 2009

jale2 cari make2

hujung minggu lepas xde apa nak buat. memandangkan kerja kat opis dah siap dan untuk elak dari kebosanan melanda di hari minggu aku decide nak pg buang2 masa abiskan duit. maklum saje laaa baru gaji kan.... nak tau aku g mana x? apa? xnak? alaa.. nak laa.. nak laa...


mcm biasa bila dah gaji... shopping, shopping dan shopping lagi !! muahaha..


kali ni kitaorg shopping kat oversea gitu. i likeee....


tarraaa!!!

saja jalan2 alang2 dah ada org nak bawak. cuak gak den sebena eh'. takut siott masuk negara org xpakai permit. kang kalau kena tangkap saje je. huhu... takuttt... tapi menurut mak cik kwn aku, xde apa. lagipun time kitaorg pg tu hari jumaat. penguatkuasa cuti. yg xbestnya kedai pun banyak tutup ari jumaat. so, xbnyk pilihan yg ado

ni la rupa kedai2 yg kitaorg pg tu. aku amik gambar dari atas feri saje sbb masa kat seberang tu rasa takut lak nak amik gambar. kot2 la jadi salah lak kan... iskk... memang cuak giler la masa pg tu. walaupun barang diaorg murah2, aku xberani jalan sendiri. ikut jer bontot org, kitaorg jalan ramai2.

lepas beli-belah, kitaorg balik la. nak tunggu apa lak lg.. oh ya, kitaorg menyeberang naik feri tau. rm0.60 saje tambang dia sehala. sangat murah kan? alaa.. feri dia lebih kurang cam yg kat penang tu la. cuma kecik sikit jer.. kecik2 pun kereta, lori, bas pun bleh bwk naik gak tau.. kagum la jgk aku tgk. hik.. hik..


akhirnya kitaorg selamat gak menyeberang balik. alhamdulillah... dah sampai negara sendiri ni baru la jantung aku berdegup normal semula : ) aku sayangggg ok dengan negara sendiri. walaupun barang kat thailand murah2 xpe lah, aku xnak pg dah. kalau pg dengan permit ok kot. agaknya camtu la perasaan PATI yg masuk kenegara kita agaknya. takuttt sentiasa...

ermmm... ramai yg tanya apa yg aku beli kat sana? hehe... nanti aku buat lagi 1 entry pasal apa yg aku beli ok. tungguuu...

Monday, February 2, 2009

DISERANG

dah lama xsakit, hampir seminggu demam selesema & batuk2 menyerang. ingat nak abaikan saje sbb org kata demam & sakit sikit2 ni tuhan bagi untuk hapuskan dosa2 kecil kita kalau kita xmengeluh menerimanya.

ermm... mula2 memang aku abaikan, masuk hari ke-4 aku batuk sampai sakit2 dada. kahak pun dah start berdarah. xbleh jadi, kena cari ubat gak.
pg hospital kerajaan saje sebab masih dalam keadaan miskin hina masa tu. lambat oh gaji aku bln ni..

setelah hampir 2 jam menunggu
(biasala, hospital kerajaan. org sakitnya macam ulat & servis nya lembab giler. bila la hospital kerajaan nak maju ni) doc kata tonsil aku bengkak. dia suh makan aiskrim untuk kurangkan bengkaknya. haha... aku suka. laju jer pg giant beli aiskrim jagung balik dari hospital tu. Oh ya, ni la rupa ubat yg aku dapat ari tu


dari kiri ubat batuk, antibiotik, ubat demam

ubat batuk tu sangat xbest. kena minum 10ml 3 kali sehari. aku minum gak la sebab nak baik. minum cepat2 sambil tutup idung. ubat tu bleh buat mengantuk yg amat. so, hari kerja aku xminum siang. minum malam saje. hari cuti baru bleh minum siang.

antibiotik tu plak kena abiskan. yg ni aku suka. sebab dia kecik jer, senang jer aku telan. tinggal sikit jer lg. esok lusa abis la tu. lg 1 tu plak ubat demam. macam panadol la gak, ubat KK kata org. yg ni pun xbest. besar sangat, asyik tersangkut jer kat tekak bila aku nak telan. aku makan 2 kali jer sebab lepas makan 2 kali, terus jer demam aku baik. tinggal batuk jer lg sampai ari ni. bila nak baik tah. ubat batuk nya nak abis dah ni. xpe, kalau xbaik gak aku nak pg jumpa doc lg lah. bleh mintak MC. lalala....